Pasca-perang Landasan Kereta Api Burma

Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, landasan ini berada  dalam keadaan yang sangat daif sehingga memerlukan pembinaan semula sebelum ia digunakan dalam sistem Kereta Api Negara Thailand. Pada 24 Jun 1949, sebahagian dari laluan Kanchanaburi ke Nong Pla Duk (Thai หนองปลาดุก) telah selesai dibina' pada 1 April 1952 pula, bahagian seterusnya ke Wang Pho (Wangpo) telah disiapkan. Pada 1 Julai 1958, landasan kereta api telah siap menghubung ke Nam Tok (Bahasa Thai: น้ำตก.) Bahagian yang digunakan hari ini adalah beberapa landasan lama yang berukuran 130 kn (81 batu). Landasan yang menjangkau melepasi Nam Tok Sai Yok Noi ditinggalkan; dengan rel besi daripada tempat tersebut diambil dan digunakan semula dalam mengembangkan lapangan kereta api Bang Sue, mengukuhkan semula trek ganda BKK–Banphachi, memulihkan semula trek dari Thung Songu ke Trang, dan membina kedua-dua jalan cabang Nong Pla Duk–Suphanburi dan Ban Thung Pho–Khirirat Nikhom. Bahagian-bahagian yang ditinggalkan telah diubah menjadi denai.

Terdapat pelbagai usul sejak tahun 1990-an untuk membina semula landasan ini dengan selengkapnya, namun projek-projek tersebut tiada yang membuahkan sebarang hasil setakat 2014[update]. Kerja-kerja menggali terowong secara meluas menghubungkan antara Thailand dan Burma mungkin akan dilakukan untuk mencapai tujuan ini, memandangkan sebahagian besar landasan ini sudah ditenggelami air daripada takungan Empangan Vajiralongkorn serta persekitarannya yang bergunung-ganang.

Rujukan

WikiPedia: Landasan Kereta Api Burma http://dl.screenaustralia.gov.au/module/299/ http://www.mansell.com/pow_resources/camplists/dea... http://www.mansell.com/pow_resources/links.html http://www.theprisonerlist.com/the-film.html http://www.cwgc.org/find-a-cemetery/cemetery/20074... http://www.cwgc.org/find-a-cemetery/cemetery/20171... http://www.cwgc.org/find-a-cemetery/cemetery/20171... http://www.cwgc.org/find-a-cemetery/cemetery/20350... http://www.roll-of-honour.org.uk/cemeteries/chungk... https://www.youtube.com/view_play_list?p=805426FED...